Wednesday 28 December 2011

DULU anugerah tuhan sekarang IMAM MAHADI??



Mungkin kerana terlalu taksub dengan individu yang bernama Anwar Ibrahim, penceramah bebas, Dr. Badrul Amin Baharon, tidak teragak-agak untuk mengangkat darjat Ketua Pembangkang itu dari ‘pemimpin anugerah Tuhan’ kepada ‘Imam Mahdi’.

Di dalam satu siri ceramahnya, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam itu mendakwa seorang pemimpin akan membebaskan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin, untuk umat Islam yang kini berada di dalam cengkaman Rejim Zionis Yahudi.

Dr Badrul mungkin terlupa Anwar gagal menafikan dengan baik isu melibatkan liwat dengan bekas pembantu peribadinya dan video klip seorang lelaki yang melanggan pelacur dari negara China yang dikatakan pakar Amerika Syarikat sebagai 99 peratus menyamai Anwar.

Bagaimana terlintas di pemikiran seorang yang berpengetahuan tinggi dalam hal-hal agama untuk meletakan seorang individu yang sejak dahulu agak kabur tingkah lakunya ke taraf Imam Mahdi?

“Kita hanya perlukan satu lagi syarat untuk bebaskan (masjid) Al-Aqsa…

“Sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan? Tanya saya, saya kata dia sudah ada…

“Saya kata, dia ada di Malaysia…Tidak lain tidak bukan..saudara Anwar Ibrahim” kata Badrul Amin yang dipetik dari sebuah blog politik pro-pembangkang, Amenoworld.blogspot.com.

Selain itu, penceramah agama yang sering menimbulkan kontroversi dengan ucapan maki hamunnya sebelum ini juga mendakwa Anwar merupakan pemimpin yang akan menyatukan negara-negara Arab dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.


Bagaimanapun, Badrul Amin menafikan kenyataan blog tersebut dan mendakwa tidak sekalipun menamakan Anwar sebagai Imam Al-Mahdi.

“Saya menafikan sekeras2nya kenyataan yg tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi.

“Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah2 saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sbg pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Meskipun tidak menyebut nama Imam Mahdi di dalam ceramahnya, ciri-ciri yang diberikan Badrul Amin itu jelas bersamaan dengan ciri-ciri ‘pemimpin yang ditunggu-tunggu’ (Imam Al-Mahdi) yang diriwayatkan akan menyatukan umat Islam, meleraikan sengketa dunia Arab dan membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman golongan kuffar.

Pemilik blog Amenoworld.blogspot.com yang terkenal di arena perang siber sebagai pro-pembangkang itu menolak dakwaan tersebut dengan menyifatkan dakwaan Badrul Amin itu melampau ketaksubannya dan meminta agar pemimpin PKR itu tidak lagi menyebut perkara tersebut di khalayak ramai.

“Walaupun kita faham niat dan ustaz boleh menyatakan pandangan peribadi tetapi dalam kes neh ia dah sangat2 ketaksuban.

“Aku boleh je menghuraikan lanjut tetapi aku fikir kekhilafan neh tidak lagi harus diulangi oleh ustaz di lain kali pada mana2 ceramah,” kata pemilik blog itu lagi.

Amenoworld mengingatkan Badrul Amin bahawa negara arab terbesar ialah Arab Saudi dan dia mempertikaikan tentang kononnya Anwar telah dilantik sebagai‘penasihat kepada negara-negara Arab’ kerana tidak ada sebarang bukti yang sahih mengenainya.

Dia juga mempersoalkan tentang kebenaran kata-kata Badrul Amin yang mendakwa Anwar mempunyai pertalian darah dengan ulama Islam tersohor dunia, Yusuf Al-Qaradhawi.

“Jangan lagi mengatakan Mesir negara arab terbesar. Jangan lagi mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penasihat negara2 arab. Jangan lagi mengatakan bahawa Anwar Ibrahim bagai adik beradik dengan Syeikh Yusoff Al-Qardhawi,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri Anwar mengejutkan ramai pihak apabila memberi gelaran istimewa kepada suaminya itu sebagai ‘pemimpin anugerah Tuhan’.

Di dalam satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Thabrani menyatakan bahawa nama sebenar Imam Al-Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah dan akan memimpin umat Islam selama tujuh hingga sembilan tahun.

“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah).

“Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” –Riwayat At-Thabrani.

Selain itu, beberapa hadis yang lain turut meriwayatkan ciri-ciri Imam Al-Mahdi seperti yang berikut;

“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” – Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim.

“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” – Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Hakim.

Persoalannya, apakah hanya disebabkan terlalu taksub dengan Anwar maka ia mewajarkan Badrul Amin menyamakan Anwar sebagai Imam Al-Mahdi di dalam ceramahnya itu? – Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment