Friday 23 December 2011

BERANI KERANA BENAR YA PAKK!!!


Anwar Ibrahim sejak awal laporan Polis dibuat keatasnya dalam kes Liwat Saiful Bukhari cuba melarikan diri berulang ulang kali. Malah jika anda masih ingat apabila tercetusnya isu Liwat ini Anwar Ibrahim melarikan diri ke kedutaan Turkey untuk bersembunyi kerana takut untut diheret ke balai Polis.

"Takut Kerana Salah" Itulah Anwar Ibrahim bila sepanjang perbicaraan melakukan pelbagai helah sehingga disatu tahap beliau sanggup mengatakan kepada dunia yang beliau sebenarnya "MATI PUCUK".

Kerana Takut jugalah Anwar Ibrahim menjelang 9hb Januari nanti akan melakukan satu gerakan Rusuhan bagi menghasut rakyat menjadi perisainya dalam menentang Kerajaan Malaysia dan Najib Razak.

Itu perbedaan ketara diantara Pemimpin BN Khir Toyo dan juga Pemimpin Pakatan Anwar Ibrahim. Anda boleh nilai akan mereka berdua ini dan jelas dengan makana "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"

Baru sebentar tadi juga Gomo lihat mereka dikalangan penyokong pakatan pembangkang cuba memutarbelitkan cerita akan kes Khir Toyo yang dijatuhi hukuman ini. Kata mereka ini adalah satu Lakonan dari UMNO untuk berhadapan dengan Pilihanraya ke 13.

Itulah sifat Pakatan pembangkang, bila kebenaran dan ketelusan sistem kehakiman Negara diberikan mereka akan mengalihkan fakta dengan menyatakan itu sekadar lakonan semata mata. Bila kena pada tang mereka puak PR mereka akan kata inilah kekejaman dan kezaliman.

Anda boleh fikir jika anda sekarang menjadi Khir Toyo, apakah perasaan anda? Apakah anda menggangap ianya sekadar lakonan? Karier politik yang semakin malap dan cemuhan datang dari pelbagai pihak. Ini juga akan menjadi sejarah buat Keluarga Khir Toyo sampaikan anak anak beliau juga menerima kesan dari keputusan Mahkamah ini. Anda anggap ianya satu Lakonan?

Begitu juga dengan Saiful Bukhari yang tampil mengakui diliwat Anwar Ibrahim. Apakah anda sanggup tampil menyatakan anda diliwat? Cemuhan yang datang, maruah diri dan keluarga sanggup dijaja sebegitu rupa? Apakah anda sanggup?

Ini lah bukti nyata bahawasanya apa yang berlaku bukanlah satu lakonan semata mata. Isu Khir Toyo yang dijatuhi hukuman dan Saiful Bukhari yang mengakui diliwat bukan satu Rekayasa mahupun Konspirasi sebaliknya itu lah kebenaran yang Hak buat tauladan semua pihak.

Yang berlakon setiap masa adalah Dato Seri Anwar Ibrahim..........


Psssttt... Berani kerana benar, takut kerana salah, kalau Anwar benar awat dia tak lawan Mahkamah secara anak Jantan macam Khir Toyo?

No comments:

Post a Comment