Thursday 5 January 2012

polis x larang pun cari lah tempat yang sesuai untuk menjadi berukk!!!!

KUALA LUMPUR, 5 JAN : Polis tidak mengharamkan tunjuk perasaan anjuran Parti Keadilan Rakyat Isnin depan tetapi mahukan perhimpunan itu diadakan ditempat yang sesuai, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Justeru pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan PKR esok pagi untuk membincangkan perkara itu.
"Kita tidak melarang..kita tidak mahu dianggap berbuat demikian. Kami cuba mahu perhimpunan diadakan di tempat yang sesuai," kata beliau.
Tan Sri Ismail terkilan dengan laporan pelbagai pihak sedang menghimpunkan orang ramai di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin depan.
Beliau memberi amaran polis akan melakukan apa yang perlu untuk menjamin keselamatan awam.
"Polis sentiasa bersedia menjamin keselamatan awam dan harta benda..kita akan bertindak sebagaimana yang diperlukan," kata beliau.
"Kita akan menasihatkan orang ramai untuk bersurai dan jika mereka enggan, kita akan mengambil langkah-langkah menyuraikan jika keadaan memerlukan tindakan sedemikian," tegas beliau.
Pakatan Rakyat berkata 100,000 penyokongnya akan berkumpul di Kuala Lumpur sebagai sokongan kepada Anwar apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  memberikan keputusan perbicaraan kes Iiwat Ketua Pembangkang itu. 
Beliau menghadapi penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah dan digugur kelayakkan untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata polis akan bertindak mengikut semangat penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 dalam menangani demonstrasi pembangkang itu.
Akta itu yang kini dalam proses diwartakan member hak kepada orang ramai untuk berhimpun secara aman dengan syarat-syarat yang dilonggarkan berbanding sebelumnya.

No comments:

Post a Comment